BAB 1
Di sebuah kampung yang tenang, tersembunyi sebuah rumah lama yang ditinggalkan. Penduduk memanggilnya Rumah Tok Embun yang kononnya berhantu sejak puluhan tahun. Tiada siapa berani mendekat kecuali 7 sekawan iaitu Aiman, Laila, Danish, Hani, Faris, Nia dan Bob.
Suatu malam Jumaat, mereka beranikan diri masuk ke rumah itu. Dengan hanya berbekal lampu suluh dan keberanian setipis kulit bawang, mereka menolak pintu kayu tua yang berkeriuk menakutkan. Bau hapak dan debu menyambut kedatangan mereka.
Di ruang tamu, jam dinding tiba-tiba berbunyi “DONG!”, walaupun sudah rosak sejak 1998. Mereka saling berpandangan.
“Kalau korang takut, kita balik,” kata Laila, cuba menyembunyikan getar suaranya.
Tapi Bob, si paling besar badan, dengan berani berjalan ke dapur dan menjerit!
Semua berlari ke arahnya. Di dinding dapur, tertulis dengan darah, "JANGAN GANGGU AKU."
Danish, si otak kumpulan, berkata, “Ni bukan darah. Ni cuma cat merah! Mungkin orang cuba takutkan kita.”
Tiba-tiba, lampu suluh Nia padam. Bunyi tapak kaki kedengaran dari atas rumah.
Dengan degupan jantung yang kencang, mereka naik perlahan-lahan ke tingkat atas. Di bilik hujung, mereka menemui sesuatu yang mengejutkan di mana seorang lelaki tua kurus duduk bersila, senyum tenang.
“Nama aku Pak Embun,” katanya. “Rumah ni aku jaga sejak semua orang lari. Aku sengaja buat rumah ni ‘berhantu’ supaya tiada siapa rosakkan tempat ni.”
7 sekawan ternganga dan mereka berpandangan.
“Kamu yang pertama datang tanpa niat jahat. Jadi, aku serah rumah ni pada kamu. Jadikan ia tempat sejarah, bukan ketakutan,” sambung Pak Embun sebelum menghilang ya, menghilang dalam kabus.


No comments:
Post a Comment